Tuesday, 29 December 2015

bekas kawan

hubungan persahabatan selama 8 tahun oleh dua orang kawan yang sangat rapat dah pun putus . benda ni terjadi atas perkara yang aku memang dah syak 2 tahun lepas lagi . geng aku ni ade 9 members pada mulanya . hampir 10 tahun juga persahabatan geng ni walaupun ada yang baru masuk dalam 7 atau 8 tahun . tapi kitorang tak de gap , gaul je dengan yang baru or yang lama . 2 tahun lepas , kitorang berpecah sebab sekolah lain lain . salah seorang daripada kitorang pindah ke kedah atas urusan keluarga , aku dan dua orang kawan pulak dapat tawaran sama sama di smka sabak bernam , tapi mid-year tu aku dapat tawaran kat perak . tinggal dorang berdua kat smka . sorang lagi sek kat smka kuala selangor sorang-2 . sorang pergi maahad kat jeram , dan akhir sekali 3 orang lagi sek biasa dekat dengan sek rendah kitorang dulu tapi masing maing lain sek menengah sekarang . mula mula aku risau gila gila sebab kawan aku sorang ni memang unpredictable . bila dia dengan kitorang , aku lega . tapi bila kitorang tinggalkan dia , aku takut dia tak boleh bawa diri dia sensorang . dia banyak kali mengadu kat kitorang bila balik rumah . dia cakap semua orang palau dia , dia bukan apa , dia just nak kawan yang beri perhatian kat dia , tu je sebenarnya . dari dulu sampai sekarng dia sama . then dia decide nak tukar sek . makin lama dia makin lain . masing masing dah bagi nasihat tapi dia buat keputusan yang dia lebih pilih kehidupan dia sekarang tanpa kitorang , bukan kitorang taknak kawan dia , bimbing dia , tapi kitorang tak mampu . sudahnya , dia rimas dengan nasihat & larangan . satu malam semua gaduh besar , sampai putus kawan sebab dia taknak berubah . thats it 

No comments:

Post a Comment